Thursday, November 5, 2009

Misi Sebuah Kehidupan (bhg. akhir)



Saya sambung semula artikel lepas berkenaan misi kita hidup di dunia ini..


Perlu kita sedari bahawa ada juga ibadah yang akhirnya tidak mencetuskan hasil yang baik contohnya solat. Ada yang bersolat tetapi akhirnya terjerumus ke dalam neraka akibat kelalaian solatnya, ada yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Menyelami misi ini adalah penting dalam arus perjalanan kehidupan yang kita lalui agar tiak menongkah arus. Perlu juga kita ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara, jika kita merompak dengan tujuan bersedekah maka ianya tetap salah.

Misi utama telah kita ketahui tetapi ada sesuatu yang sering terlepas pandang iaitu bagaimana untuk menongkat perlaksanaan misi utama dengan misi secondary. Inilah yang perlu kita kupas dalam diri kita agar kita mengetahui dengan sejelas-jelasnya apakah `tools’ kita dalam melaksanakan misi utama iaitu beribadah kepada Allah swt. Dengan ringkasnya kita perlu tahu apakah watak sebenar kita di pentas dunia ini dalam melaksanakan misi sebagai seorang yang sentiasa beribadah. Makannya beribadah, tidurnya beribadah, kerjanya beribadah dan segalanya menjadi ibadah. Semuanya untuk Allah swt. Setiap dari kita adalah khalifah dan setiap dari kita juga adalah pendakwah.

Kita dilantik menjadi khalifah oleh Maharaja Agung namun sedikit sangat yang kita tahu skop kerja seorang khalifah. Kita perlu menjadi khalifah pada diri sendiri, kita juga perlu berdakwah pada diri sendiri. Adakalanya kelihatan ramai yang suka menjadi khalifah untuk orang lain serta berdakwah untuk orang lain tanpa untuk diri sendiri. Kita harus sedar bahawa ibadah mengatasi hal lain dalam setiap situasi dan keadaan. Oleh yang demikian ada suatu perkara yang perlu hadir dalam jiwa setiap insan iaitu rasa bertuhan. Bunyinya ringkas tapi jika kita lihat dari segi perasaannya berat. Kita mudah melafazkan hidup bertuhan tetapi amat menjengkelkan kerana manusia sering lupa wujudnya Tuhan tanpa sedar mereka tidak merasa kewujudan Tuhan kerana tanpa sedar juga perasaan terhadap sesuatu selain Allah swt lebih tebal.

Perasaan kerinduan terhadap segala sesuatu selain Tuhan itu telah mendahului Tuhan. Maka setiap perbuatan serta kelakuan yang dilakukan untuk Allah swt bukan lagi sebagai lambang kerinduan dan kecintaan seorang hamba terhadap Tuhannya, tetapi ikhlas dalam keterpaksaan. Menunaikan solat atas nama kewajipan maka dengan sendirinya kita menunaikan solat tanpa ruh solat. Bukankah lebih baik menunaikan solat itu kerana rindu yang mendalam terhadap Kekasih yang Maha Menyintai maka setiap huruf dan kalimah akan menjadi bait-bait cinta yang tak ternilai harganya kerana keikhlasan cinta agung. Teman saya pernah memberitahu saya satu kenyataan yang saya rasa begitu menyentuh hati saya, katanya "don’t please Him but love Him".

Saya berpendapat ianya satu kenyataan yang kita perlu semai dalam melaksanakan misi kita agar tidak tersasar. Jika kita ingin menyenangkan Allah swt atau ingin membahagiakan allah swt dengan banyaknya pahala yang kita lakukan maka kita tersilap kira kerana Allah swt adalah pemilik mutlak kesenangan dan kebahagian bahkan Dialah yang memberi sentuhan kebahagian dan kesenangan pada hamba-hambaNya. Cintailah Allah swt lebih dari segalanya insya Allah kita akan faham apa erti sebuah kehidupan dan apa pula `tools’ yang kita ada dalam rangka melaksanakan sebuah misi kehidupan. Menyintai Allah swt tidak bermakna kita lupa dunia kerana dunia itu juga milikNya. Tidak juga menjadikan kita miskin kerana Allah Swt Maha Kaya bahkan kita akan lebih kaya terutamanya kaya jiwa.

Read More......

Tuesday, November 3, 2009

Misi Sebuah Kehidupan (bhg 1)


Setiap hari dan setiap ketika kita mempunyai perkara yang perlu dilaksanakan. Melaksanakan setiap perkara itu merupakan satu misi pada ketika itu dan mungkin juga menyempurnakan misi yang ada merupakan satu keperluan yang amat sangat bagi sesetengah orang pada waktu-waktu yang tertentu. Jika kita ringkaskan satu kronologi kehidupan yang ada di Malaysia ini ianya hampir serupa buat semua orang namun misinya nyata berbeza. Bangun sahaja dari tidur kita perlu ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan fardhu subuh. Setelah siap semuanya mungkin ada yang dapat bersarapan di rumah atau mungkin terus berlari ke tempat kerja.

Pergi ke tempat kerja merupakan satu misi tetapi perlaksanaannya cukup berbeza dan tempat menyempurnakan misi itu juga cukup berbeza. Ada yang terkejar-kejar menaiki pengangkutan awam ada juga yang terkejar-kejar tetapi dengan memandu laju. Ada yang tenang untuk sampai ke tempat kerja dan telahpun punya rancangan bagaimana untuk mentadbir harinya. Kita harus tahu bagaimana untuk mentadbir hari kita agar ianya memberi manfaat yang maksima dalam pulangan hasilnya. Tidak dinafikan juga kita telah mentadbir hari kita dengan penuh teratur tetapi pulangannya masih berada dalam kerugian.


Hari-hari yang ditadbir akan memberi impak yang besar pada hari-hari yang mendatang kerana setiap keputusan hari ini adalah satu sumbangan terhadap hari yang akan datang. Jika sumbangannya negatif maka dengan sendirinya kita harus melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesan kerugian dan menokok tambah laba moga-moga terjamin masa hadapan. Setiap badan pentadbiran mempunyai visi dan misi. Visi merupakan objektif yang ingin dicapai manakala misi pula merupa penyataan tatacara perlaksanaannya dalam memanjat setiap anak tangga dalam menuju visi yang ditetapkan.


Sebagai manusia kita tahu bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara. Dunia ini boleh diibaratkan sebagai satu perhentian R&R di sebuah lebuhraya sebelum kita sampai ke destinasi yang dituju. Adakalanya kita berhenti untuk menghilangkan lelah, adakalanya kita berhenti kerana lapar dan dahaga dan ada juga yang berhenti untuk menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa. Walau apapun ceritanya kita tetap berada dalam satu kawasan perhentian. Di situ ada segala-galanya yang dapat membuatkan kita lari dari tujuan berhenti tadi. Begitu juga sebuah kehidupan dunia ini. Dunia yang kita diami hari ini merupakan satu transit dalam satu perjalanan yang jauh serta banyak pula rintangannya.

Kekasih Allah swt, baginda rasulullah saw ketika ditawarkan oleh Ibnu Mas'ud untuk tempat tidur yang selesa menjawab dengan penuh makna yang perlu kita hayati “Saudaraku, apalah ertinya dunia buatku, kecuali aku hanyalah seperti seorang pejalan kaki yang singgah sejenak di bawah naungan pohon (dunia) ini, berehat sejenak, kemudian meninggalkannya. ”Jelas sekali dunia bukanlah visi tetapi hanya waktu rehat untuk menyempurnakan visi. Visi kita adalah untuk kembali ke alam kekal dengan selamat serta dengan harapan dapat tempat yang baik untuk tinggal selamanya.

Bagaimana pula dengan misi dalam menuju visi yang telahpun ditentukan. Setiap dari kita tahu caranya kerana dari kecil lagi kita telah mendengar ayat yang berbunyi : ''Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.''(Az Dzariyat : 55). Satu misi yang jelas untuk kita semua. Misi utama kita ialah ibadah. Di sini juga berlaku banyak kekhilafan fikiran. Bukanlah duduk di atas tikar sembahyang dan berwirid itu sahaja dinamakan ibadah. Bukan pula berpuasa dan bersedekah itu saha ibadah. Ibada perlu dilihat dalam satu rangka kerja yang besar. Dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan itu perlulah menjadi ibadah.


Read More......

Tuesday, October 27, 2009

Terapi Solat



Setelah memulakannya sejak beberapa waktu dahulu, kini kaedah terapi solat yang saya kembangkan sudah mula di terima oleh masyarakat Malaysia. Kira-kira dua tahun yang lepas, orang masih hijau tentang terapi solat bahkan mereka merasa takut apabila disebut solat sebagai terapi.


Namun hari ini setiap kali saya mengadakan program sebegini terutamanya dengan masjid-masjid, sambutan yang diberikan cukup luar biasa. Apa yang membanggakan saya adalah masyarakat kita sekarang sudah celik solat. Ianya bukan bermakna masyarakat kita dahulu tidak tahu melaksanakan solat tetapi mereka dahulu tidak tahu mengapa mereka perlu solat dari sudut sains minda. Dahulu mungkin, mereka merasakan untuk mengecapi apa yang dipanggil khusyuk itu sukar sekali bahkan ada yang mengatakan yang kita di akhiur zaman tidak mungkin akan khusyuk. Hal ini amat saya sangkal kerana jika kita benar-benar faham mengapa Allah swt memberi solat kepada kita maka kita akan pasti tahu bagaimana juga untuk merasakannya dengan benar.

Saya berpandangan solat tanpa rasa sama seperti lauk tiada rasa akhirnya makan tiada selera, badan merana. Justeru itu tagline yang dipakai untuk terapi solat adalah SOLAT ADALAH PUNCAK MEDITASI, KUNCI KEHIDUPAN… SENJATA ROHANI. Saya pernah menulis artikel tentang khusyuk itu mudah namun mungkin ketika itu persoalan tentang solat belum begitu kukuh dalam benak kita maka hari ini saya ingin menjawab soalan-soalan yang senada yang dilontarkan oleh pengirim-pengirim email berkenaan terapi solat. Soalan yang pertama, mengapa sudah lama tidak diadakan bengkel terapi solat? Hal ini kerana saya agak terikat dengan program terapi solat yang diadakan di masjid-masjid serta di jabatan-jabatan kerajaan. Namun hal ini sudah dapat di atasi kerana pihak kami telah menyusun kembali jadual program agar ianya dapat disertai oleh orang ramai. Kami juga sedang menambahbaik website sedia ada untuk kemudahan pengunjung mendapatkan informasi tentang terapi solat.

Soalan seterusnya yang sering diajukan adalah tentang pengisiannya. Dalam hal ini, hari pertama pastinya berkisar tentang pembersihan jiwa melalui kaedah meditasi Islam atau tafakur yang sudah saya kembangkan sejak tahun 2002. Ianya akan melatih kita untuk membuat apa yang saya panggil memory editing atau menyusun kembali memori. Bagi saya hari pertama cukup penting kerana pada hari tersebutlah kita akan mengetahui mengapa selama ini apabila kita solat kita sering teringatkan pelbagai hal dan bagaimana untuk memberhentikan serangan-serangan minda minda agar kita tenteram, penuh tumpuan secara praktikal dan efektif tanpa menyusahkan. Hari pertama juga mengupas teknik minda super sedar dalam membentuk hubungan akrab antara kita dan Allah swt. Manakala pada hari kedua akan dirungkai keseluruhan rahsia solat, bermula dari rahsia azan, terapi wuduk, sejarah solat dan perlaksanaannya. Semuanya dikupas dari sudut sains minda.

Sebenarnya solat jika difahami dengan benar adalah mudah untuk DIKUASAI akan tetapi dek kerana kita sering menggunakan bahasa pasar dalam perbualan harian dan para ilmuwan pula menggunakan bahasa ilmu maka penyampaian ilmu menjadi tidak sempurna, justeru itu saya lebih banyak menggunakan bahasa pasar yang sudah lama kita gunakan agar pemahaman yang jitu dapat ditanam. Contohnya istilah khusyuk, ramai yang ingin khusyuk namun apabila ditanya apakah erti sebenar khusyuk, kebanyakan jawapan tersasar jauh dari erti sebenar khusyuk. Dalam program atau bengkel terapi solat, saya menyatakan bahawa khusyuk itu sebenarnya asyik. Nah selama ini kita sibuk untuk mencari khusyuk dan apa yang pasti ianya cukup sukar kerana yang mencari itu sendiri tidak mengerti apa yang diistilahkan khusyuk. Bukankah lebih mudah untuk menceritakan khusyuk itu sama maknanya seperti asyik. Bukankah ramai yang lebih memahaminya. Jika sudah kita faham benar istilah khusyuk barulah kita akan mudah faham akan kesilapan kita selama ini.

Jika selama ini khusyuk yang kita cari maka dengan sendirinya solat akan menjadi satu bebanan minda dan oleh kerana itu kita sering melihat orang yang kelihatannya menjaga solatnya tetapi masih mempunyai ego yang tinggi, sikap pemarah, dan hal-hal yang tidak menepati khasiat solat yang menegah dari kemungkaran. Bukankah pemarah itu satu dari berjenis-jenis mungkar kerana seharusnya mereka yang bersolat akan mempunyai ketenterama jiwa yang tinggi. Dalam hari pertama juga, kita akan sedar bahawa yang perlu dicari adalah merasa keberadaan Allah swt kerana hari ini kita kata Allah swt itu wujud tetapi kita tidak pernah merasakannya. Apabila rasa itu sudah dibenih, maka asyik akan timbul dengan sendiri, otomatik bukan paksaan. Saya suka mengungkap kata-kata seorang trainer saya, saudara Sham, katanya kita sering keliru dengan ungkapan bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seperti kita akan mati pada esok hari.

Katanya kesalahan yang sering kita bawa adalah kita bekerja bersungguh-sungguh walhal jika kita faham kita akan hidup seribu tahun lagi, kita tidak perlu bekerja hingga merosakkan tubuh hingga sanggup memohon tambahan waktu kepada 24 jam yang sudah dikurniakan. Jika kita dapat memahami ini dengan jelas maka barulah kita dapat beramal seperti kita akan mati keesokan hari. Pastinya kita tidak mahu meninggalkan amal walau sesaat dan pastinya kita akan melakukan dengan penuh kualiti. Saya bersetuju akan hal ini dan insya Allah akan kita sama-sama kupas erti tersirat yang sebenar dalam ungkapan di di artikel masa hadapan agar tiada kesalahafaman dalam melihatnya sebagai elemen motivasi. Semoga huraian ringkas ini dapat menjawab emel-emel yang diterima dan insya Allah jadual akan diwartakan di website kami.


Read More......

Friday, October 16, 2009

Sumpah Orang Minyak


Whatever you have in your mind - forget it, Whatever you have in your hand - give it, Whatever is to be your fate - face it . (abu sa'id)


Sewaktu menonton cerita lama berjudul sumpah orang minyak saya tersenyum sendiri bahkan saya jika orang minyak tersebut berada pada hari ini pastinya dia menyesal dengan ilmunya. Jika pada waktu itu dia mungkin boleh berbangga dengan ilmunya namun sekarang orang minyak juga sudah mula pening kepala. Semuanya gara-gara minyak di pasaran dunia meningkat dari masa ke semasa, justeru dia pastinya akan terasa bahangnya kerana dia perlukan minyak untuk ilmunya walaupun bukan petrol atau diesel tetapi bahang harga pasti terasa.

Bermula pada hari minyak dinaikkan hinggalah ke hari ini ianya masih menjadi topik hangat bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Pada setiap ketika kita akan mendengar orang mengeluh tentang minyak. Saya memberitahu peserta saya baru-baru ini yang gaji mereka pada bulan ini adalah wang sumpahan. “Mengapa pulak?” Tanya salah seorang dari mereka. Inilah halyang sering diambil ringan oleh manusia. Kita sering bercerita tentang duit dan apabila kita bercerita tentang duit pasti topik hangat ialah duit tidak cukup. Dalam program saya, sifat dan sikap duit ini harus kita ketahui sebelum kita asyik bercerita tentang duit kerana apabila bercerita tentang duit hasilnya selalu emosi murahan yang sering mendatangkan keluhan dan rungutan. Semakin hari kita merasakan kita sentiasa dihimpit oleh kesengsaraan yang diakibatkan oleh duit. Biarpun mereka berduit, mereka akan tetap memikirkan duit yang tidak pernah cukup dan tidak akan cukup. Apatah lagi bila hal berkait minyak kini berlaku.

Mengapa saya katakana gaji pada ketika harga minyak dinaikkan adalah merupakan wang sumpahan. Cuba kita lihat satu senario yang mudah, pada suatu hari seorang pemuda yang hidupnya serba sederhana. Setiap hari dia akan ke pejabat untuk mencari nafkah dan setiap bulan dia akan menerima imbuhan hasil kerjanya. Imbuhan tersebut digunakan untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Dia merasakan apa yang diperolehinya cukup untuk mereka sekeluarga. Tetapi pada suatu hari dia dikejutkan dengan satu berita gempar. Harga minyak naik 41%, dia mula risau dengan keadaan itu. Sikapnya yang dahulu pendiam kini mula berubah, dia banyak membebel tentang gajinya yang tidak cukup, bukan itu sahaja,dia kini tidak lagi seperti dahulu,dia kini menjadi seorang yang bengis. Jika dahulu sewaktu mahu ke pejabat dia akan tersenyum ke tempat dia mencari nafkah tetapi sekarang setiap pagi dia akan merengus kerana menurutnya wangnya akan kurang dan hidupnya akan menjadi susah.

Dia menjalani satu kehidupan yang tidak tenang selama beberapa minggu hinggalah sewaktu dia mendapat gajinya. Sewaktu mendapat gajinya pada bulan tersebut dia mulanya gembira, hilang seketika apa yang selama ini dirunsingkan namun cerianya hanya seketika, dia telah mendapat sakit demam panas dan terpaksa ke pusat kesihatan berhampiran rumahnya. “dah lah duit makin kurang sakit pulak tu” dia melepaskan rasa geramnya. Setelah sihat dia kembali bekerja, selang beberapa hari isterinya pula jatuh sakit, sekali lagi dia menyumpah seranah keadaannya. Dia mula berkata, ”macamana nak menyimpan kalau hari hari asyik keluar,ini semua salah minyak”. Hatinya panas mengenangkan duitnya yang makin berkurangan. Dan dipendekkan cerita akhirnya pada bulan itu duitnya memang terus tidak mencukupi dan ianya berlarutan hingga dia terpaksa memikirkan jalan keluar. Apakah moral cerita yang ingin saya sampaikan. Mudah sahaja, jangan menyumpah duit kerana duit yang disumpah itu jugalah yang akan menjadi bahan tukaran untuk makanan dan kehidupan kita.

Jika kita menyumpah duit yang ada dengan kata-kata nista, maka duit yang disumpah itu sebenarnya bakal mempunyai energi negatif dan apabila energi tersebut masuk menyerap ke tubuh kita maka kita akan menjadi negatif. Contoh paling mudah dan paling sering kita dengar ialah apabila orang yang memenangi nombor ekor dan menggunakan wangnya untuk membeli kereta, sering kita dengar ialah kereta tersebut akan mengalami kemalangan. Mengapa terjadinya kecelakaan sebegitu, nanti kita pasti mendengar jawapannya wang itu wang judi jadi wang itu panas. Benar namun apakah penjelasana kepada `kepanasan’ wang tersebut. Wang sebenarnya adalah bahan sumpahanyang sekian lama disumpah, bukan makhluk lain yang menyumpah tetapi manusia. Jika seseorang itu mendapat wang judi yang dimenangi dengan nombor 1234 misalnya, maka mereka yang membeli nombor 1233 atau mana nombor yang menghampiri nombor tersebut akan berkata, “celaka sikit lagi aku kena”.

Kata-kata ini merupakan satu sumpahan kepada wang yang dimenangi oleh penjudi yang memiliki 1234. cuba kita bayangkan jika ada sepuluh ribu orang yang berkata demikian, bukankah si penjudi tersebut sekarang memliki wang yang bernama celaka, denagn wang yang bernama celaka dia membeli makanan atau apa yang dia hajati selama ini. Secara tidak langsung barangan yang dia beli juga juga lahir dari wang celaka, ibarat seorang anak lahir lalu dibinkan dengan celaka. Jika makan makan makanan itu juga pasti bernama celaka,apabila makanan celaka ini masuk ke dalam tubuh maka tubuhnya juga menjadi celaka. Justeru itu dia juga akan mendapat celaka. Hal wang itu bukan tertakluk pada skop yang kecil yang melibatkan perjudian bahkan segalanya. Minyak umpamanya, jika hari-hari merungut dan setiap kali pergi ke stesen minyak kita akan berkata, ”hai susahnya sekarang…” maka itu menandakan duit yang kita bayar kepada si empunya station itu namanya susah.

Duit susah ini pula dimasukkan ke dalam bank damn akhirnya kita gunakan kembali. Maka akhirnya kita akan mengalami kesusahan. Oleh yang demikian itu saya mengatakan ianya adalah wang sumpahan. Untuk bulan ini amat sukar bagi kita untuk mencari mereka yang tidak mengeluh, memaki atau berkata negatif tentang duit walaupun mereka kata mereka tidak melakukan demikian kepada duit tetapi secara tidak langsung apabila minyak diperkatakan ianya juga adalah sebahagian dari duit. Jadi saya menyeru kepada para pembaca mulai hari ini kita sama-sama untuk berhenti menyumpah apa yang kita guna untuk membeli barangan kerana wang sebenarnya telah lama menjadi bahan sumpahan maka tidak perlulah untuk kita menambah energi negatif yang ada. Kita bukan sahaja bakal merosakkan diri kita bahkan generasi akan datang kerana setiap makanan yang kita beli itu akan menjadi darah daging dan ia akan membentuk satuk generasi yang sudah terpateri energi negatif.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula untuk meneutralkan energi negatif yang yang sudah terpatri dalam kertas yang digelar duit itu. Islam itu amat mudah bagi mereka yang memahami dan amat sukar bagi mereka yang suka untuk menyukarkan. Bagi saya cara paling mudah untuk mereka yang belum menghadiri program saya ialah dengan berselawat. Sebelum kita gunapakai wang tersebut kita perlulah berselawat. Mungkin masih ada lagi yang bertanya, berapa kali perlu kita lakukan selawat. Ini adalah hakikat jiwa, jika kita melakukankan dengan bibir maka ianya tidak menusuk dan mengubah banyak namun jika kita lakukan dengan jiwa maka ianya insya Allah akan berubah. Dalam super sedar bilangan tidak menjanjikan apa-apa tetapi keikhlasan memberi satu momentum yang sukar diterjemahkan dengan bahasa.

Seperkara lagi, mulai hari ini juga berhentilah dari menghipnotis diri kita dengan kata-kata negatif. Contohnya “susahlah sekarang, berniaga pun susah,kerja pun susah…” atau apa jua kata-kata berbentuk negatif. Seharusnya kita bersyukur harga minyak naik kerana itu pastinya juga datang dengan rezeki kerana bagi mereka yang percaya dengan penuh yakin serta bergantung terus kepada Allah swt pasti tiada rasa kebimbangan. Allah swt berfirman bahawa barangsiapa yang bertawakal kepadanya pasti akan cukup keperluannya. Allah swt tidak berfirman jika minyak naik maka kecukupan kita akan dikurangkan. Kita hanya perlu bimbang harga minya jika kita bergantung pada duit untuk hidup dan bukan pada Allah swt. Saya mohon maaf andainya ada kekasaran pada kata-kata saya namun percayalah Allah Swt itu Maha Adil dan tidak akan sekali-kali membebankan hambaNya. Amiin.

Read More......

Thursday, October 8, 2009

Awasi Sifat Ghurur



Semalam saya didatangi oleh seorang kenalan yang membawa temannya yamg ingin bermuzakarah tentang beberapa hal. Saya gemar bermuzakarah kerana di situ akan dapat berbagai pandangan, pengalaman bahkan penambahan ilmu pengetahuan. Namun ada juga yang menjadikan muzakarah sebagai satu medan untuk berdebat demi menunjukkan siapa pandai. Maka pada pandangan saya hal yang sebegitu tidak mendatangkan hasil yang positf malah akan menambahkan permusuhan serta perpecahan. Mereka yang terlibat dalam muzakarah haruslah berfikiran terbuka dalam membentangkan pendapat tanpa ada kebocoran emosi. Apabila emosi bocor maka tercetuslah kemarahan dan ego yang bakal mengeruhkan perbincangan.


Hasilnya kedua-dua pihak akan bertelegah demi memperjuangkan apa yang mereka dipanggil kebenaran. Saya berpegang kepada pesan guru saya, katanya “jangan kamu berdebat-debat walaupun kamu mengetahui kebenaran kerana ianya akan memercikkan api kemarahan yang menjadi magnet kepada syaitan. Berkatalah dengan tuturkata yang baik serta kasih sayang nescaya ia akan membuatkan orang mengakui kebenaran kamu”. Saya mengakui kebenaran kata-katanya kerana jika kita berbicara dalam keadaan marah atau beremosi negatif ia akan mengubah suasana perbualan serta ianya menjadikan kita kurang rasional. Sebaliknya jika kita bercakap dalam dengan emosi positif serta gelombang kasih sayang, orang marah pun akan menjadi tenang. Kenalan teman saya rupanya seorang yang gemar mencari serta mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan. Orang yang nampak tenang dan tuturkatanya juga teratur. Dia bertanyakan saya satu soalan yang bagi saya amat pelik dan ia merupakan satu soalan di luar jangkaan.

Tanyanya “makam kamu di mana?“ saya agak terkejut dengan soalan tersebut, walaupun memahami apa yang ditanya. Bagi saya oleh kerana soalannya pelik jawapannya harus pelik juga. Saya menjawab “belum booking sebab tak tahu kat mana habis”. Dia kemudian menerangkan maksudnya ialah ingin mengetahui makam atau tempat saya di sisi Tuhan. Sebenarnya soalan ini tidak perlu dijawab kerana itu urusan Allah swt. Saya hanya mendiamkan diri kerana tiada gunanya menjawab soalan yang diutarakan, ianya akan mengundang lebih banyak soalan-soalan bodoh yang tidak perlu dijawab. Oleh kerana saya memberi reaksi yang tidak positif maka sesi perbincangan tidak berjalan dan yang ada hanyalah perbualan kosong. Hal ini mengingatkan saya peri halusnya permainan nafsu yang inginkan seseorang itu merasakan dirinya mulia, alim serta mempunyai darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Sifat ini dikenali sebagai ghurur yakni apabila seseorang merasakan dia telah mencapai satu darjat yang tidak tercapai oleh orang lain tetapi sebenarnya mereka ini saya istilahkan sebagai syok sendiri.

Orang yang mudah terjerumus ke dalam sifat ini ialah orang yang dahagakan ilmu tetapi hanya mendalaminya dengan buku-buku serta orang-orang yang telah sediada sifat tersebut. Mereka ini agak sukar dinasihati kerana mereka begitu taksub dengan apa yang mereka baca serta apa yang disampaikan oleh guru mereka. Mereka ini sebenarnya sesat dalam terang. Orang yang sesat dalam gelap mungkin mudah diperbetulkan kerana dalam gelap tiada cahaya dan apabila diperlihatkan cahaya mereka akan pergi ke arah cahaya tersebut. Berlawanan pula bagi mereka yang sesat dalam terang. Mereka ini tidak dapat membezakan yang mana satu cahaya penyuluh ilmu kerana apa yang terlihat adalah cahaya. Justeru apabila mereka dikatakan berada pada landasan yang salah mereka akan cuba pelbagai teknik untuk menegakkan apa yang mereka anggap betul. Saya berpendapat ianya juga salah satu penyakit kejiwaan kerana orang yang bersikap demikian selalunya mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Sifat ini didorong oleh nafsu yang kadangkala kita rasa telahpun kita kalahkan. Perjuangan dalam jihad akbar (memerangi nafsu) akan berakhir ketika kita menghembuskan nafas terakhir.

Apabila kita mengganggap perjuangan menentang nafsu telah berakhir ianya merupakan tanda-tanda kekalahan kita. Sejajar dengan sabda Nabi Muhammad saw bahawa musuh yang paling memusuhimu adalah nafsu kita perlu perlu berhati-hati dengan strategi musuh yang sentiasa mengintai kelemahan kita. Andainya kita leka maka dengan mudah nafsu mempermainkan kita hingga merasakan sesuatu salah itu betul. Orang yang mempunyai sikap ghurur ini sering mengganggap mereka pintar serta berilmu tinggi tetapi hakikatnya mereka berada dalam kebodohan yang amat menakutkan. Ini kerana kebodohan yang tidak mereka sedari bakal membawa mereka ke arah yang lebih menyesatkan. Mereka sering membayangkan hubungan mereka dengan Allah swt bahkan sampai ada yang cuba membayangkan Tuhan tanpa disedari. Ini semua kerana strategi nafsu yang begitu halus. Tubuh badan kita adalah sebuah negara merdeka yang begitu makmur, aman serta hebat namun kehadiran nafsu ke dalam tubuh tanpa di pantau akan menyebabkan negara merdeka ini menjadi huru hara.

Justeru kita perlu mengawasi setiap pintu sempadan agar nafsu – nafsu yang masuk dapat dipantau. Meskipun begitu, harus kita ingat bahawa walaupun dipantau strategi nafsu dalam mengaburi hati kita amat halus hingakan adakalanya kita tidak perasan yang kita telahpun dikuasai nafsu. Cuba kita lihat sewaktu kita kurang tidur atau kepenatan, nafsu amarah sering terserlah pada ketika ini, justeru itu untuk memastikan agar kita dapat memantau nafsu dengan baik kita juga harus menjaga kesihatan tubuh fizikal. Kemantapan perkembangan spiritual yang tidak diimbangi dengan kemantapan tubuh fizikal seringkali akan membawa penurunan kadar kemantapan jiwa. Apabila ini berlaku manusia akan mula merasa tertekan dan sebagainya. Jarang sekali kita mengkaji pemakanan nabi saw yang sepatutnya menjadi panduan kita kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. Apabila kita makan makanan yang baik dan halal ianya menyumbang kepada kesihatan tubuh yang baik serta menjana jiwa yang positif. Apabila segalanya positif maka kita akan lebih berfikiran terbuka dan keadaan ini dapat membawa kita ke satu dimensi baru dalam bermuzakarah tentang sesuatu perkara. Jangan jadikan muzakarah sebagai satu medan perang kerana tiada siapapun akan menang malah kedua-dua pihak akan kalah.

Read More......

Tuesday, October 6, 2009

Awas Warna

“Merah sangatlah mak ngah” satu iklan yang cukup popular satu ketika dahulu sampaikan di mana sahaja orang menggunakan iklan itu sebagai bahan perbualan atau bahan usik mengusik. Itulah pengaruh iklan. Namun kali ini saya ingin menyentuh peranan warna dan bukannya iklan. Saya yakin apabila berbicara tentang warna ramai yang faham akan peranan warna dalam kehidupan kita. Setiap hari kita menggunakan warna dari celik mata hingga menutup mata. Setiap dari kita juga mempunyai warna-warna kegemaran yang tersendiri.
Cerita tentang warna ini juga berlaku kepada saya. Beberapa hari lepas saya melihat powerpoint seorang teman untuk member komen. Kami berbincang mengenainya dan diam tak diam perbincangan tersebut membawa kami hingga ke tengahari. Selepas membetulkan apa yang patut, kami mengakhiri perjumpaan kami dengan keluar makan tengahari. Cuaca yang begitu panas menyebabkan kami mencari tempat makan yang mempunyai pendingin hawa. Cuaca yang panas juga mampu mengubah perwatakan kita.


Apabila kita berada dalam situasi yang panas maka biokimia tubuh mula bereaksi dan hasilnya kita mungkin mudah untuk menjadi seorang pemarah atau seorang yang kurang rasional. Justeru untuk mengimbangi keadaan yang sememangnya berada di luar kawalan kita, saya menambah jumlah air yang saya minum setiap hari. Jika anda merasakan keresahan yang tidak menentu, kemarahan yang tak tahu apa puncanya atau perubahan sikap, ianya mungkin juga disebabkan cuaca yang begitu memeritkan, cubalah banyakkan minum air supaya dapat mengimbang suhu luaran dari mempengaruhi watak anda. Selesai makan tengahari saya bergegas kembali ke pejabat kerana ada sahabat yang datang. Tak lama selepas saya sampai, sahabat saya pun sampai. Tujuan kedatangannya adalah untuk berbincang tentang satu program yang akan beliau laksanakan tak lama lagi.


Selalunya sahabat saya ini banyak mulutnya, kalau bercakap susahlah untuk berhenti tetapi pada hari tersebut dia lebih banyak diam dan hanya mendengar apa yang saya utarakan. Pertemuan kali ini berlangsung dengan begitu cepat dek kerana hanya saya yang mengutarakan pandangan manakala dia pula memberi respon yang minimal. Setelah semuanya selesai, dia meminta izin untuk pulang. Saya menjadi sedikit hairan kerana dia seorang yang cukup peramah dan selalunya ada sahaja topic untuk dibualkan atau respon yang dilontarkan ketika berbincang. Saya meneruskan kerja yang tertangguh untuk disiapkan dan tak sampai dua jam, sahabat saya tadi menelefon saya. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk bertanya samada dia mempunyai masalah yang mungkin dapat saya bantu seupaya saya. “saya ok je… tak de masalah cuma waktu saya datang tadi saya melihat muka kamu cukup garang, adakah kamu sedang memarahi seseorang ketika itu?”


Saya terdiam seketika untuk mengenangkan kembali saat yang dikatakan samada benar atau tidak. Seingat saya saya tidak langsung berada dalam keadaan marah apatah lagi memarahi seseorang. “habis tu kenapa muka garang sangat?” semakin pelik saya mendengra jawapannya. Lalu saya berkata nanti saya lihat kenapa terjadinya begitu. Setelah meletakkan telefon saya membuat satu kronologi. Apa yang saya dapati ialah puncanya powerpoint yang saya perbincangkan dengan teman saya. Bukan kerana ianya satu perbincangan emosi tetapi warna latar belakang powerpoint tersebut adalah warna yang mencetuskan emosi apatah lagi saya merenung powerpoint tersebut untuk melihat beberapa point serta membetulkannya. Hasilnya warna tersebut sudah mula mempengaruhi minda bawah sedar saya dan memori yang ada dapat juga mengubah biokimia tubuh dan akhirnya dipancarkan melalui wajah atau sikap.


Mungkin selama ini kita kurang sedar bahawa warna mempunyai impak yang besar dalam kehidupan kita. Warna kegemaran kita juga melambangkan sikap yang kita ada. Warna itu juga membentuk dalaman diri kita, emosi kita dan kadangkala ianya hingga melibatkan pemakanan. Hari ini saya hanya inigin mengupas satu warna yang perlu diberi perhatian penuh kerana impaknya cukup kuat dan saya sudah melihat mereka yang mempunyai warna ini sebagai warna kegemaran juga mempunyai satu siikap standard iaitu cepat beremosi. Warna yang saya katakana adalah warna merah. Warna merah juga merupakan warna yang garang, warna yang tinggi frekuensinya. Apabila seseorang itu mengambil warna merah sebagai warna kegemaran maka secara tidak langsung dia meransang gelombang otak yang tinggi untuk memnadu hidupnya. Akibatnya mereka cukup beremosi dan seringkali ditemui mereka bersikap pemarah.


Cuba anda lihat teman-teman anda yang menyukai warna merah dan kemudian analisa sikapnya. Merah bukan sahaja mempengaruhi mereka yang gemar akan kehadirannya tetapi mereka yang menggunakannya untuk jangka masa yang panjang, contohnya memakai pakaian merah duduk dalam ruangan merah atau seperti saya merenung warna merah. Hal ini tidak pula bermakna anda perlu membuang warna merah dalam hidup tetapi anda perlu meminimakan pertausan warna tersebut dalam hidup. Contoh dalam pakaian warna merah itu ada tetapi terlalu sedikit makanya warna-warna lain lebih mepengaruhi watak kita ketika itu. Jika anda sering resah atau bermasalah, cuba elakkan warna merah, cuba elakkan baju warna merah penuh.


Untuk melihat kebenaran ini, anda perlu cuba untuk memakai bacu warna merah, atau merenung warna tersebut untk satu jangka masa yang lama. Kemudian perhatikan perubahan yang ada pada anda, anda mungkin menjadi resah, cepat marah, bernada tinggi atau sering melihat keburukan dari kebaikan. Cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan membuang warna tersebut dan diganti dengan warna sejuk seperti putih dan lakukan seperti tadi, anda akan berubah menjadi seorang yang lebih relak dan bernada rendah dan tidak tergesa-gesa. Justeru itu awasilah warna pakaian anda hari ini, awasilah warna kegemaran anda kerana warna melambangkan sikap dan warna mempengaruhi sikap.


Read More......

Thursday, August 27, 2009

Kuatnya Energi Taqwa


“Orang yang mengenal dirinya, pasti akan mengenal Tuhannya”

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf kepada mereka yang menantikan program latihan awam soul power (public training) atas ketiadaan jadual latihan kerana keterikatan dengan beberapa organisasi. Namun saya sedaya upaya cuba untuk mengadakannya dalam masa terdekat dan insya Allah sempena bulan yang mulia ini akan diadakan latihan awam untuk persediaan lailatul qodar.

Kita sering diceritakan tentang iman dan taqwa, namun kita sering juga lupa akan iman dan taqwa. Satu persoalan yang sering bermain dikotak fikiran saya satu ketika dahulu ialah mengapa kita tidak dapat merasakan kemanisan iman itu dengan cara yang mudah dan mengapa kita mudah sekali lupa untuk bertaqwa.

Puas saya mencari, puas saya bertanya, puas saya membaca tetapi seringkali jawapan yang saya terima hanyalah bersifat sementara. Setelah beberapa ketika, saya mula hilang rasa ketakutan dengan Allah swt, saya mula memikirkan yang lain dan ketakutan kepada makhluk itu lebih besar rasanyanya berbanding allah swt. Mungkin anda juga pernah merasakan sebagaimana yang pernah saya rasakan dahulu, buktinya…cuba kita cari tempat-tempat yang menyeramkan, yang meremangkan bulu roma.

Kemudian pergilah berjalan bersendirian di kawasan tersebut, apakah yang kita rasakan? Meremang bulu roma? Merasa seperti diperhatikan? Atau takut diperlakukan oleh makhlus yang tidak dapat dilihat? Jika jawapannya YA, maka kesimpulan yang boleh kita kupas di sini, kita lebih merasakan yang hantu itu lebih wujud dari wujudnya Allah, kita merasakan bahawa hantu itu lebih ditakuti dari Allah swt.

Cuba kita renungkan kenapa? Jika benar kita bertaqwa, jika benar kita mengatakan Allah swt itu maha hebat, mengapa pula kita boleh merasakan kehebatan hantu lebih dari kehebatanNya. Mungkin bagi sebahagian orang persoalan ini hanya satu persoalan kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan tetapi bagi saya ianya adalah satu persoalan yang besar kerana ianya melibatkan sejauh mana keutuhan kepercayaan kita kepada Allah swt.

Teruja dengan hal-hal sebegini maka timbullah satu keinginan luar biasa untuk memahaminya dan saya bertahun lamanya saya mencari, saya belajar, saya menganalisa perihal duduk perkara ini dalam kehidupan batang tubuh yang dipanggil manusia. Jika mendengar cerita, ceramah tentang iman dan taqwa, mungkin tak terkira banyaknya namun untuk merasainya perlukan sesuatu yang praktikal.

Alhamdulillahi robbil “alamin kerana saya dipertemukan dengan pelbagai corak pembelajaran serta para guru yang arif dan praktikal yang akhirnya membawa kepada pemahaman dan penghayatan serta keberkesanan yang mendalam dalam hidup. Memahami iman dan taqwa itu adalah tunggak program soul power yang saya asaskan sedari dulu. Memahami sahaja belum mencukupi kerana ianya harus dilengkapi dengan praktikal yang betul.

Iman itu praktikal dan darinya akan terhasillah taqwa saya perasaan yang cukup kuat yang akan melahirkan satu momentum energi yang cukup kuat ledakannya yang mampu membuang sifat negatif dengan pantas, yang mampu mengubah seseorang agar mencapai sifat positif kekal dan akhirnya satu perkara yang hebat akan berlaku iaitu sifat bergantung harap dan menyerah diri bulat-bulat kepada Allah swt (total surrender).

Total surrender akan membolehkan kita mengalami satu transformasi yang mungkin tidak pernah anda hitungkan. Total surrender akan menghindarkan rasa takut kepada H1N1 yang kini menjadi seperti trauma kepada masyarakat kita. Total surrender bagi saya adalah TAQWA yang mampu mengubah sel, mampu merawat tubuh dan mampu melingkari tubuh dengan satu energi perlindungan dari segala bentuk kejahatan.

Saya tidak bercakap hanya berdasarkan teori tetapi saya bercakap bersandarkan bukti hasil dari program-program latihan soul power yang sudah sekian lama diadakan dan kini mula mendapat perhatian organisasi. Mari kita sama-sama selami apa yang ada pada diri kita untuk melihat sejauh mana keteguhan ikatan hubungan kita dengan Allah swt. Cuba tanyakan soalan-soalan ini pada diri kita dan cuba lihat jawapannya.
Soalan pertama, pernahkan kita merasakan diri keseorangan? Ketika itu siapakah yang anda perlukan… teman atau Allah swt?

Soalan kedua, pernahkan anda menghadapi satu masalah yang besar? Ketika siapakah yang anda fikirkan mampu membantu anda… teman yang ada keupayaan atau Allah swt? Cuba renungkan soalan-soalan ini serta jawapan yang anda utarakan dan dari situ anda akan dapat melihat sesuatu dalam hubungan anda dengan Allah swt.

Saya sering memberitahu peserta saya, seandainya ada satu pasangan kekasih yang mana teman lelakinya adalah seorang yang terkaya di dunia, maka takkan mungkin teman wanitanya dibiarkan berjalan kaki… benarkan, jika pasangan anda seorang yang cukup digeruni oleh sesipa sahaja di Malaysia ini, takkan mungkin anda diganggu oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini… benarkan.

Seandainya pasangan anda seorang hebat dalam menyelesaikan masalah, takkan mungkin dia membiarkan anda menyelesaikan masalah anda sendirian… benarkan. Sekiranya pasangan anda penyembuh terkenal di Malaysia ini, takkan mungkin bila anda sakit dia tidak berusaha untuk menyembuhkan… benarkan. Nah.. sekiranya kita bercinta dengan Allah swt yang maha hebat, maha penyembuh, maha menyelesaikan, maha kaya… takkan mungkin kita dibiarkan mengharungi masalah serta kesakitan kita sendirian tanpa pertolonganNya.

Namun bagaimanakan untuk merapatkan hubungan ini dengan pantas dan efektif, saya akan kupas secara terperinci dan praktikal dalam program soul power-energi taqwa, semoga ianya dapat membantu anda menyelesaikan masalah duniawi yang membelenggu anda sekian lama hanya dengan menyerahkan diri anda bulat-bulat kepadanya dengan ikhlas tanpa sempadan.

Read More......

Thursday, July 16, 2009

ESP


Semalam saya diajak oleh seorang teman untuk menemaninya ke satu daerah selatan untuk satu urusan. Kebetulan saya juga sudah lama tidak ke daerah itu tambahan pula saya tidak mempunyai jadual kerja ketika itu, tanpa banyak soal saya terus sahaja bersetuju untuk menemaninya ke daerah berkenaan. Satu jam perjalanan tidak terasa kerana kami memilih jalan kampung untuk ke sana agar dapat menikmati suasana segar sepanjang perjalanan. Setelah sampai ke destinasi saya berpecah kerana ingin berjalan-jalan di pekan sementara menunggu teman saya menghabiskan urusannya di situ.
Kadang-kadang apabila kita pergi ke satu tempat yang pernah menjadi tempat mainan kita satu waktu dulu ia akan membuatkan kita tersenyum sendiri kerana diimbau kenangan lama yang mengusik jiwa. Saya menghabiskan masa kira-kira satu jam berjalan-jalan sambil mengenang zaman lepas dan tak lama kemudian saya dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Teman saya memberitahu yang tugasannya telah selesai dan kami berpakat untuk singgah ke rumah seorang rakan lama saya yang terletak tidak jauh dari situ. Dek kerana tidak mengetahui nombor telefon untuk dihubungi kami nekad sahaja untuk terus ke rumahnya dengan harapan di ada di rumah. Berjalan sambil ingat-ingat lupa akhirnya kami menjumpai tempat yang dituju dan nasib kami baik kerana teman saya sedang bersantai di rumah.
Apabila dua teman lama bertemu, tahu-tahu sahaja lah pelbagai cerita ditimbulkan. Dalam perbualan kami tiba-tiba teman saya bertanya kenapa anaknya yang berumur enam belas tahun sering dapat menjangka sesuatu yang akan berlaku dengan agak tepat. Dia merasa resah kerana takut sekiranya anaknya akan menjadi seorang yang pelik dan mungkin juga akan rosak kerana dia sering menyendiri. Paling ditakutinya ialah anaknya nanti akan duduk dalam dunianya sendiri. Saya memebritahunya agar tidak risau dengan keadaan anaknya kerana apa yang dialami oleh anaknya bukan sesuatu yang luar biasa cuma apa yang perlu ialah anaknya harus dibentuk untuk memahami keadaan mengapa berlakunya keadaan sedemikian.
Apa yang berlaku pada anaknya adalah perkara yang boleh juga berlaku pada sesiapa sahaja. Anak teman saya tadi itu hanya mempunyai daya ESP yang kuat. Ini mungkin kerana didorong oleh faktor genetik atau sememangnya satu kelebihan Allah swt yang diperolehi tanpa perlu mempelajarinya. Merasa asing dengan penerangan saya itu maka teman saya bertanya lagi apakah yang dimaksudkan oleh ESP. ramai diantara kita tahu tentang ESP dan ramai juga yang baru mendengar tentang ESP.
ESP adalah singkatan dari Extra Sensory Perception. Extra-sensory perception atau ESP adalah kemampuan untuk mendapatkan maklumat yakni informasi tentang sesuatu perkara dengan menggunakan deria selain deria yang lima, deria rasa, mata, sentuh, baud an dengar. Justeru ESP ini sering dirujuk sebagai deria ke enam atau sixth sense. Ramai dikalangan masyarakat yang agak skeptikal dengan terma ESP dan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan ESP seperti telepati, membaca minda, pandang tembus dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa hasil dari ESP itu adalah satu lakonan atau rancangan yang telah diatur untuk memperlihatkan kebenaran ESP.
Hal penipuan dalam ESP tidak dinafikan kerana ramai dikalangan mereka yang terlibat dalam dunia ESP ini menggunakan trik dan helah untuk memperlihatkan hasil kewujudan ESP yang ada pada mereka. Tujuannya hanya satu yakni sebagai satu sumber penghasilan. Namun itu tidak pula bermakna ESP itu hanya khayalan semata. Extra Sensory Perception sememangnya wujud cuma ianya berbeza dari setiap insan ke insan yang lain. ESP ini sebenarnya berada pada setiap manusia dan kealpaan kita tentangnya membuatkan kita merasakan ianya tidak wujud.
Setiap seorang seorang diantara kita pasti pernah melalui satu perasaan yang mengetahui apa yang akan berlaku terhadapnya pada satu ketika dan apabila saatnya sampai ia sememangnya berlaku. Sebagai contoh kita sering disajikan dengan berita kematian di dada akhbar. Selalunya dalam kisah yang menyayat hati waris akan ditanya samada yang meninggal tadi ada berkelakuan pelik atau si waris sendiri ada mengalami perkara pelik atau tanda-tanda yang lainnya. Maka itu adalah ESP tetapi ianya hanya kita ketahui setelah sesuatu itu berlaku maka manfaatnya yang diterima hampir tiada.
ESP adalah satu kelebihan setiap makhluk baik manusia mahupun binatang, seperti contohnya apabila sesuatu yang dahsyat seperti tsunami akan berlaku maka binatang-binatang akan berkelakuan pelik. ESP tidak perlu dipelajari tetapi perlu diperhalusi agar ia dapat menjadi satu senjata berguna buat kita terutamanya dalam dunia yang kian ganas ini. Sekurang-kurangnya kita dapat merasakan sesuatu yang kurang baik melalui teknik-teknik memahami ESP yang ada pada diri untuk mengelakkan terjadinya bencana. Contohnya kita dapat merasai yang kita diekori atau bakal menerima ancaman jika kita pergi ke suatu tempat.
ESP telah dikaji oleh beberapa universiti di luar negara oleh pengkaji yang begitu mendalami fenomena ESP ini seperti J.B Rhine di Universiti Duke, Carl Sargent di Universiti Cambridge dan ahli sains Dean Radin di Universiti Princeton. Jika kita lihat sebenarnya ESP ini banyak menyumbang kepada penciptaan beberapa alat kemudahan untuk manusia selain membantu memudahkan urusan seharian. Jika ESP ini diperhalusi maka banyak masalah dapat dihindarkan kerana pemahaman kita tentang signal-signal yang ditunjukkan oleh tubuh.
ESP terbahagi kepada dua bahagian iaitu telepati dan clairvoyance. Telepati ialah persepsi fikiran yang yang menjalinkan komunikasi dengan fikiran yang lain melalui getaran gelombang fikiran yang melangkaui sempadan. Manakala clairvoyance pula adalah radar fikiran yang dapat mengimbas perkara atau objek di luar dari julat penerimaan deria yang lima. Seperti yang saya katakan tadi setiap dari ini mempunyai ESP dan perlu diperhalusi dengan baik untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Antara latihan yang menajamkan kekuatan ESP kita adalah menggunakan kad ESP, pendulum dan beberapa kaedah lainnya. Namun sebenarnya yang paling mustahak yang menjadi tiang latihan ialah meditasi.
Justeru mereka yang mengikuti latihan meditasi super sedar secara tidak langsung memperolehi daya ketajaman ESP yang bakal membantu dalam banyak perkara dalam rutin seharian. Dalam halaman ini saya ingin berkongsi beberapa kaedah untuk memperhalusi ESP yang anda ada namun sekiranya anda ingin mempercepat dan mempertajamkannya ke satu tahap yang tinggi meditasi super sedar adalah sesuatu yang perlu anda lakoni. Kaedah yang pertama saya ingin kongsi ialah kad ESP.
Kad ESP terdiri daripada 25 lembaran kad yang terdapat padanya pelbagai bentuk seperti bintang, bulatan, arus dan beberapa bentuk lagi yang dirumus khusus untuk melatih persepsi fikiran. Ianya dibahagi kepada lima kumpulan agar dapat digunakan sebanyak lima kali dan berwarna hitam putih. Sekiranya anda tidak mempunyai kad ESP ini anda tidak perlu risau kerana anda masih lagi dapat melatih minda anda untuk mencernakan percepsi gelombang fikiran. Apa yang perlu ialah anda perlu membeli satu paket kad bergambar yang ada di pasaran seperti kad kad yang digunakan untuk kanak-kanak dalam permainan ataupun flash card.
Kad-kad ini anda kocok agar susunannya tidak lagi mengikut aturan dan kemudian anda pilih satu kad. Tanpa melihat kad tersebut anda perlu meneka dahulu apakah gambar yang bakal tertera di muka tersebut. Seninya di sini iaitu bagaimana untuk meneka kerana semua orang boleh membuat tekaan. Kaedah untuk meneka ialah anda perlu memberitahu apa yang pertama terlintas di fikiran anda. Sekiranya tiada apa yang terlintas maka janganlah anda teka kerana ia akan merosakkan program pembelajaran ESP.
Jika anda tidak dapat lintasan pertama di fikiran lakan lakukan kocokan sekali lagi untuk memperolehinya. Ingat, tekaan anda adalah berdasarkan lintasan pertama di fikiran dan bukan yang anda fikirkan. Lama kelamaan lintasan fikiran yang pertama itu bukan lagi tekaan melainkan daya ESP anda yang tajam. Setelah mempolehi ketepatan jawapan yang banyak, maka lanjutkan pula dengan meneka siapakah yang akan membaca berita pada mala mini, sekali lagi ia perlu lintasan fikiran yang pertama sekiranya tiada lintasan jangan teruskan. Berlatihlah untuk malam berikutnya.
Latihan seterusnya anda boleh lakukan dengan menekan hal-hala berkaitan pasangan misalnya meneka baju manakan yang bakal dipakai oleh suami anda pada keesokan hari. Kuncinya lintasan fikiran yang pertama. Lakukan kesemua ini hanya setelah anda melalui latihan kad ESP atau kad gambar berulang kali dan memperolehi ketepatan yang banyak. Jangan tergopoh gapah untuk melakukan latihan selanjutnya kerana kegopohan itu tidak akan mempertajamkan ESP anda bahkan bakal membenakan minda anda. Semoga anda dapat mencuba kaedah ini dan dan sekiranya anda inginkan yang segera maka jalanilah meditasi super sedar.

Read More......

Thursday, July 9, 2009

bodoh sombong atau sombong bodoh

Ini bukan cerita ayam dan telur atau telur dan ayam. Ini adalah kupasan perbuatan yang perlu kita perhalusi agar mendapat satu jalan kesempurnaan hidup yang tidak pernah sempurna. Al kisah bermula apabila seorang hamba Allah bernama Farid ingin membantu ibunya untuk keluar kota. Dengan tujuan ikhlas dia inginmembantu ibunya agar dapat berbakti kepada ibunya apabila dapat memudahkan urusan pemergiaannya ke luar kota. Dengan azam yang tinggi dia pergi menemui ibunya dan bertanyakan tentang urusan yang perlu dibantu. Hasil permuafakatan kedua beranak itu maka si ibu bersetuju untuk menyerahkan urusan pemergiannya ke luar kota diuruskan oleh Farid, tambahan pula beliau mempunyai banyak kenalan. Farid pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana dapat membantu urusan ibunya. Memandangkan siang sudah melabuhkan tirai maka Farid berpendapat untuk menyelesaikan urusan ibunya besok sahaja. Besok pada awal pagi Farid menuju ke pejabatnya untuk melihat apa yang seharusnya dilakukan bagi tujuan memudahkan urusan ibunya itu. Dek kerana mempunyai banyak kenalan maka Farid mudah mengatur rancangan dan kerana keramahannya dikalangan teman-teman, urusan Farid begitu mudah.

Setelah selesai semuanya, Farid dengan nada gembira menghubungi ibunya untuk memberitahu tarikh yang sesuai untuk ibunya berangkat. Malangnya nombor yang dailnya tidak berjawab. Ahh! Mungkin saja ibunya sedang ke kedai, kata-kata saranan yang terpacul di mindanya. Selang beberapa minit dia mencuba lagi, kali ini berhasil ada jawapan dari ibunya. Tanpa banyak bicara dia memberitahu tentang urusan yang telah dilaksanakan. Namun Farid begitu hampa kerana menurut ibunya dia telah selesai membuat tempahan kerana kakaknya menyuruh ibunya membuat segala urusan melalui kenalan temannya. Farid terdiam dan dalam diamnya dia merasa agak kecewa kerana dia telah berjanji dengan temannya dan dia juga kecewa dengan sikap kakanya yang sedari dulu tidak boleh orang lain melebihi beliau. Farid memberitahu ibunya yang dia juga telah menyatakan persetujuan kepada temannya kerana petang semalam ibunya meminta agar dia menyelesaikan segala urusan. Namun sebagai anak yang taat dia memberitahu ibunya yang dia akan memberitahu temannya yang urusan yang telah dilakukan itu dibatalkan. Sebelah petangnya Farid menghubungi abangnya bertanyakan mengapa hal sedemikian terjadi. Menurut abangnya perancang ibunya untuk ke luar kota pada mulanya dilakukan oleh kakak Farid atas kehendak kakak Farid sendiri yang katanya dia leih arif dalam hal tersebut tetapi ianya menemui jalan buntu kerana kurangnya pengalaman. Justeru itu ibu meminta Farid yang menguruskan hal tersebut namun apabila mendengar Farid yang akan menguruskan dia dengan lekas mencari jalan keluar agar segala urusan dia yang menyelesaikan. Kini fahamlah Farid situasi sebenarnya.

Keadaan yang sama berlaku pada hari keberangkatan ibunya di luar kota. Farid cuba membantu namun dengan pantas kakaknya berkata dia lebih arif hingga menyebabkan saudaranya yang lain terpinga-pinga kehairanan. Farid yang faham dengan situasi tersebut diam tanpa banyak bicara. Selesai urusan pemergian ibunya Farid terus meluncur ke pejabat saya. Kami makan tengahari bersama dan Farid menceritakan kisah tentang kakanya kepada saya. Katanya kakaknya itu bodoh sombong. Peluang yang ada kami gunakan untuk membahaskan apakah sebenarnya bodoh sombong atau yang sebenarnya sombong bodoh. Hasil dari perbualan kami kami merumuskan sesuatu yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Yang pertama bodoh sombong. Bodoh bermakna orang yang tidak mengetahui. Jika kita pergi lebih jauh bodoh juga bermakna kurang cerdik atau lemah. Sombong pula adalah rasa bangga diri kerana kehebatan yang mungkin datang dari kekayaan, pangkat, ilmu dan seumpamanya. Maka orang yang bodoh sombong adalah orang yang kurang cerdik atau lemah atau kurang mengetahui tetapi merasakan dirinya telah menguasai sesuatu perkara itu lebih dari yang lain. Orang yang bodoh sombong ini perlu dikasihani dan diberi tunjuk ajar kerana dia menjadi sombong hasil dari kebodohannya. Di bahagian yang satu lagi adalah orang yang sombong bodoh.

Sombong bodoh ini adalah golongan mereka yang sombong dek kerana pencapaian mereka samada dari segi kekayaan duniawi, mahupun keilmuan. Ramai yang tidak menyedari yang mereka sesat dan sombong kerana banyak ilmu. Mengapa terjadinya hal demikian? Ilmu adalah penyuluh hidup namun jika ilmu yang dimiliki membawa kepada kebinasaan diri kerana kerakusan nafsu maka ilmu yang tadi hanya menyuluh kini memberi silauan yang menyebabkan mereka hilang arah tuju. Mereka akan merasa mereka yang paling bijak, mereka yang paling cemerlang dan mereka sentiasa berada di puncak. Golongan sebegini menjatuhkan diri mereka secara halus. Justeru kita dapat melihat kadangkala kejayaan yang tidak dipupuk denga rasa cinta Ilahi membawa seseorang itu ke lembah yang terang tapi gelap, berduit tetapi hilang kebahagian, senang tetapi tiada nikmat.

Golongan sombong bodoh ini adalah golongan yang begitu rugi kerana apabila mereka senang dan berada di pusingan atas roda kehidupan mereka alpa dan menjauhkan diri dari masyarakat yang pernah bersama mereka. Mereka hanya menyedari yang mereka tidak punya sesiapa apabila mereka mula berada pada pusingan ke bawah roda kehidupan. Jika dulu mereka menjauhi namun kini mereka pula dijauhi. Mereka mula menyesal kerana kesombongan mereka dahulu. Mereka ketika sombong adalah tergolong dari golongan orang yang bodoh kerana tidak pernah memikirkan kejatuhan, tidak pernah mengetahui bahawa hidup ini adalah sebuah roda. Mereka mula menjadi bijak apabila diambang kejatuhan. Andai boleh dibuat perbandingan diantara keduanya maka saya berpendapat mereka yang duduk dalam golongan sombong bodoh ini lebih pendek akalnya dan lebih teruk perangainya berbanding mereka yang bodoh sombong. Meskipun begitu, walau apa jua pandangan kita terhadap dua golongan ini kita perlu faham bahawa peranan kita di dunia ini adalah sebagai seorang hamba dan hamba tidak boleh sombong kerana Allah swt tidak setiap orang yang angkuh dan sombong (al-Hadid: 23).

Mengapa perlu kita sombong walau apapun alasannya kerana selagi kita bernama manusia kita akan saling memerlukan diantara satu sama lain. Jika hari ini kita bersikap sombong maka hukum alam akan berbalik kepada kita. Kita pastinya akan tersinggung jika seseorang menyombong diri apabila bertemu dengan kita, maka janganlah lakukan kepada orang lain sesuatu yang anda tidak suka diperlakukan terhadap diri anda.

Kesombongan tidak akan bertahan lama kerana hasil kesombongan itu satu sumpahan. Ya, sumpahan, buktinya jika anda sombong terhadap masyarakat maka masyarakat akan meminggirkan anda, bukan itu saja ada juga diantara mereka mendoakan anda agar menerima pembalasan yang setimpal. Bukankah itu satu sumpahan. Cuba anda bayangkan jika yang berkecil hati terhadap sikap sombong anda itu jumlahnya ramai, anda bukan sahaja mendapat doa yang kurang baik tetapi anda juga kini mempunyai ramai musuh. Justeru ingatlah pesan Luqman as kepada anaknya agar tidak memalingkan wajahnya dari manusia dengan sombong dan jangan pula berjalan di muka bumi dengan angkuh kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang menyombongkan diri.

Kesombongan membawa kebodohan, kebodohan merosakkan akhlak, tanpa akhlak yang baik anda tidak dapat mencapai kebahagian. Jatuhnya iblis bukan kerana yang lain tetapi kerana kesombongannya. Ingatlah bahawa sebagaimana yang disabdakan oleh baginda nabi saw mereka yang mempunyai nilai kesombongan walau sebesar zarah tidak akan mencium bau syurga. Syurga adalah kebahagian dan kesombongan akan menjatuhkan mereka ke alam terang tapi gelap. Terang kerana mereka berpendapat mereka sentiasa di atas tetapi sebenarnya gelap kerana mereka tidak tahu bahawa mereka sedang jatuh. Jauhilah sikap bodoh sombong dan sombong bodoh kerana kedua-duanya tidak bermakna. Kerendahan hati adalah ibu kebijaksanaan manakala kesombongan merupakan ibu kejahilan maka orang yang lemah cintanya kepada Allah swt akan meningkatkan kebanggaan dirinya. Semoga kita terhindar dari sikap yang merugikan ini. Amiin.

Read More......

Wednesday, July 1, 2009

Program Terapi Solat - Masjid Negara

Lokasi: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Tarikh: 28 Jun 2009




Click here for more pictures


Read More......

Monday, June 29, 2009

Keputusan Itu Hak Milik Mutlak Allah swt


Apa ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?
Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.


Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.


Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.


Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.


Dr.A/mw/08/2007

Read More......

Wednesday, June 17, 2009

Program Ibu Tunggal - Modul Sahsiah Diri

Tarikh: 13 & 14 Jun 2009
Tempat: M-Suites Hotel, J. Bahru





Click here for more photos



Read More......

Bengkel Terapi Solat

Tarikh: 6 & 7 Jun 2009
Lokasi: Institut Integriti Malaysia




Click here for more pictures




Read More......

Tuesday, June 9, 2009

Lagu Dalam Kehidupan


Suatu ketika dahulu saya memikirkan kerjaya seorang penulis ini agak mudah tetapi kini setelah mulai bergelumang dengan mata pena tahulah saya bukanlah sesuatu yang mudah untuk menterjemahkan idea atau persepsi yang kita miliki ke bentuk penulisan yang dapat difahami serta menarik minat orang lain untuk membacanya. Daripada tidak tahu akhir ianya kini menjadi satu hobi baru bagi saya untuk melakarkan wayang yang ada di minda saya dalam bentuk tulisan.


Kadangkala kita tahu apa yang hendak disampaikan namun ianya tidak dapat dijadikan tulisan kerana bentuk penyampaian yang kurang sesuai. Kini satu perkara yang menjadi kegemaran saya ialah memerhatikan gelagat orang ramai yang adakalanya menceriakan suasana dan ada ketikanya menjadikan suasana kelam kabut.

Hujung minggu lepas kebetulan saya tidak ada jemputan dan peluang ini saya ambil untuk bersantai di rumah. Dalam suasana yang santai ini bagi saya radio merupakan satu sumber yang baik untuk menceriakan suasana. Sebetulnya saya juga sudah agak lama mendengar radio. Tanpa diminta deejay yang bertugas memutarkan sebuah lagu yang memberi satu kesan yang mendalam dalam hidup saya. Ketika lagu dendangan penyanyi Michael Bolton berjudul When i'm back on my feet again, saya merasakan seperti ada satu suntikan semangat untuk berjuang memperbaiki diri.
Liriknya yang begitu bermakna jika dihayati dapat mengembalikan semangat yang hilang. Lagu ini sering saya dendangkan walaupun kadangkala merosakkan lagu serta bersuara sumbang. Suatu ketika dahulu saya melalui kegagalan dalam banyak hal dan adakalanya suntikan motivasi yang mampu terus ke dalam jiwa perlu disemai. Lagu ini telah memberi motivasi yang baik untuk diri saya. Justeru ada teman-teman yang kadang kala bertanya bagaimanakah pengaruh sesebuah lagu terhadap seseorang.

Menurut salah seorang teman, lagu sebenarnya tidak banyak memberi unsur positif dalam hidup. Saya merasakan ada sedikit kepincangan dalam pandangan beliau kerana pandangannya itu dibuat tanpa melihat lagu atau secara amnya muzik secara menyeluruh. Sebagai contoh seseorang yang tengah mabuk bercinta pastinya akan mendengar lagu-lagu yang dapat membuai perasaan tetapi bagi mereka yang kecewa dalam bercinta lagu – lagu yang mempunyai lirik yang sedih akan menjadi pilihan.
Hal ini bagi saya memperlihatkan role sebuah lagu dalam mempengaruhi sebuah kehidupan. Saya masih ingat sewaktu bersekolah menengah dahulu. Sekolah kami mempunyai satu minggu yang dipanggil minggu aktiviti. Ketika minggu aktiviti ada masanya kami dilatih oleh RAMD untuk memenuhi satu slot aktiviti. Apa yang saya dapat perhatikan ketika kami melakukan morning drill, pelbagai lagu yang dinyanyikan dan lagu-lagu ini bertujuan untuk menaikkan semangat.

Saya mempunyai pandangan bahawa lagu mampu mengubah perwatakan seseorang kerana jika setiap hari kita disajikan dengan lagu-lagu patriotic maka kita akan menjadi seorang yang patriotic. Maka tidak salah jika kita memilih lagu sebagai satu sumber motivasi diri. Sesebuah lagu mampu menjadikan seseorang yang buntu dalam kehidupan kembali ceria kerana lagu yang dinyanyikan oleh seseorang itu akan meresap ke jiwanya. Seseorang penyanyi akan menyanyi dengan penuh perasaan.
Jika nyanyian tersebut tidak mempunyai penghayatan yang baik maka lagu tersebut tidak dapat dirasai oleh orang yang mendengar. Yang menjadi persoalan ialah lagu jenis apakah yang dapat memberi impak positif kepada seseorang. Saya berpendapat antara criteria yang utama untuk dilihat ialah pada liriknya. Lirik tersebut kemudian perlu dihayati ketika mendendangkan sesebuah lagu. Lirik yang baik dan positif sebenarnya secara tidak langsung menjadi auto suggestion kepada sub conscious memory untuk mengubah struktur emosi seseorang. Sewaktu anda menyanyikan sesebuah lagu dengan penuh perasaan maka apa yang berlaku ialah anda akan merasakan seolah-olah ianya sedang berlaku kepada anda atau dengan kata lain anda sedang mengalami sebagaimana yang tertulis dalam lirik tersebut.

Dalam sains minda telah dapat dibuktikan yang minda tidak mampu membezakan pengalaman yang betul atau tiruan. Oleh yang demikian sekiranya anda menyanyikan sebuah lagu yang penuh kesedihan maka kesedihan tersebut akan tersimpan dalam sub conscious memory anda hingga anda mampu memadamkannya. Justeru itu dalam Meditasi Islam antara perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah memadamkan memori-memori tersirat yang tidak lagi memberi manfaat untuk masa sekarang dan juga masa hadapan.
Sekiranya kini anda sedang menghadapi pelbagai tekanan maka janganlah rasa berat atau terganggu untuk menyanyi tetapi dengan syarat ianya bukan sekadar menghiburkan hati bahkan perlu untuk memberi motivasi diri. Carilah lagu-lagu yang mempunyai lirik yang positif serta kuat. Setelah itu carilah pula melodi yang baik. Melodi juga memainkan peranan penting dalam memupuk unsur positif dalam diri seseorang.
Sekiranya melodi tersebut tidak dapat memcecah kedalaman rasa maka nyanyian hanya menjadi nyanyian tanpa pengisian. Apabila anda mendapat sebuah lagu yang liriknya mampu memberi impak positif dan disertai dengan melodi yang mampu merendakha frekuensi gelombang otak maka insya Allah dengan penghayatan yang betul ia akan menjadi satu suggestion untuk minda agar mengubah struktur emosi kepada positif. Dengan emosi yang positif anda akan mempunyai minda yang positif dan apabila minda dan emosi yang anda miliki positif tubuh akan sihat dan hidup akan ceria. Bukan pula menjadi satu kesalahan jika anda mampu membuat satu lirik yang dapat memberi suntikan semangat dan kemudian menyanyikannya. Ianya lebih baik kerana anda lebih mengetahui jalan yang ingin anda lalui manakala lirik tadi hanyalah satu suggestion atau inspirasi kepada minda.
Jauhi dari menyanyikan lagu-lagu yang dapat membawa jiwa ke arah yang tidak sihat seperti kemurungan atau keganasan. Mereka yang gemar mendengar lagu-lagu ganas lambat laun akan mempunyai jiwa yang ganas. Dan jika lagu lagu sedih menjadi pilihan anda kan mudah terperangkap dalam emosi yang tidak sihat serta menjadi seorang yang sensitif dan mudah sedih.

when i'm back on my feet again
i'll walk proud down this street again
and they'll all look at me again
and they'll see that i'm strong

and i'm not gonna crawl again
i will learn to stand tall again
no i'm not gonna fall again
cos i'll learn to be strong

sumber:Dr.A/mw/feb/2006

Read More......

Monday, June 1, 2009

Buang Saka Dengan Meditasi Islam

Pada zaman yang serba pantas lagi mencabar ini pelbagai ragam perlu kita hadapi. Seringkali apa yang kita harapkan tidak terjadi bahkan ianya menjadi satu bebanan dalam hidup. Tekanan demi tekanan sering menjadikan kita berada dalam dilema. Adakalanya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diharapkan. Oleh kerana sering gagal maka kita mulalah mencari jalan keluar samada secara nyata atau secara spiritual. bagi saya yang sering menjadi persoalannnya ialah mengapa manusia sering gagal walaupun jika dilihat pada usaha ianya sudah berpatutan. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza.


Pertama, memang pada zahirnya kita semua mengetahui keadaan ekonomi dunia yang semakin menekankan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Justeru itu persaingan yang sengit mungkin memberi sumbangan terhadap kegagalan kita. Tetapi masih perlu diingat adakalanya usaha kita adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan kita bahkan pada pandangan sekeliling kita, namun mengapakah kegagalan sering datang menghantui. Maka di sinilah kemungkinan sebab yang kedua iaitu mungkin ada halangan dari segi spiritualnya.

Seseorang yang sering terhalang pekerjaannya mungkin mengalami halangan spiritual yang tanpa sedar menjadi tembok batu yang menggagalkan banyak usaha. Dengan kata lain, ianya bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki kita terhalang disebabkan terdapat `sesuatu’ yang menghalang kita dari berjaya. `Sesuatu’ itu mungkin datang daripada niat jahat orang lain atau masalah keturunan iaitu saka. Jika dilihat dari segi peratusan kegagalan hidup di sebabkan masalah spiritual ini, saka mendahului sihir. Sihir mungkin terjadi kerana hasad dengki dalam pekerjaan atau perniagaan dan ianya ada kemungkinan berlaku jika kita mempunyai pesaing. Tetapi saka adalah satu masalah yang sering kali terlepas pandang. Saka adalah satu harta pusaka yang begitu membebankan. Banyak sekali maslah saka yang saya temui ketika mengajar meditasi islam. Ada diantara mereka yang berhabisan ribuan ringgit untuk membuang saka yang membelenggu diri mereka namun ianya datang dan pergi. Saya percaya bahawa kekuatan roh sahaja yang dapat membantu mengeluarkan saka. Namun ianya bukanlah dengan kaedah mengkaji roh atau menggunakan roh orang yang telah tiada. Roh itu urusan Tuhan tetapi kita boleh mencapai kekuatannya tanpa perlu mengkajinya.

Saka masih wujud dalam masyarakat kita kerana kita baru sahaja merdeka. Zaman datuk kita dalam lingkungan sebelum merdeka masih lagi duduk dalam keadaan hutan ataupun terpencil. Mereka memerlukan satu senjata untuk menjaga keluarga ataupun membantu keluarga ketika bermasalah seperti sakit dan sebagainya. Belajar tinggi ketika itu bermaksud mempunyai ilmu di dada. Mereka sering juga mencari guru-guru yang handal untuk menimba pelbagai ilmu dan apabila ilmu penuh di dada maka ibaratnya seperti mendapat ijazah ketika ini. Ilmu-ilmu ini juga digunakan untuk menjaga diri dari kejahatan manusia, binatang mahupun makhluk yang lain. Sekiranya ilmu yang diamalkan merupakan ilmu hitam maka ia perlu diwarisi oleh seseorang sebelum si pemilik meninggal dunia, jika tidak ia akan menyukarkan kematian seseorang itu. Namun sebenarnya tanpa mereka sedar bahawa kebanyakan ilmu walaupun pada asasnya digelar putih sebenarnya banyak menggunakan khadam sebagai sumber kekuatan ilmu. Khadam ini dipanggil khadam ilmu dan kebanyakan khadam ilmu berasal dari bangsa jin. Terdapat juga mereka yang gemar bersahabat dengan jin dan juga menjadikan jin sebagai khadam. Dalam masyarakat kita apabila kita mewarisi sesuatu yang baik kita memanggilnya keturunan dan jika ianya negatif kita menggelarnya saka. Perwarisan ilmu atau `kelebihan’ yang kebanyakannya cenderung ke arah perubatan sebenarnya perlu ditapis dengan teliti tidak kira samada ia digelar keturunan atau saka. Khadam ilmu atau jin yang diwarisi secara sedar atau tidak akan mempengaruhi tindak tanduk kita. Mereka telah hidup beratus tahun dan tahu benar kelemahan manusia. Terdapat seorang kenalan saya yang mewarisi ilmu keturunannya yang menyebabkan beliau berkebolehan untuk mengubat banyak penyakit. Yang sering menjadi tanda soal ialah beliau hanya akan solat dan berwirid ketika hendak menurun. Selesai melakukan solat sunat dan berwirid beliau tidak sedarkan diri dan tubuhnya kini dikawal oleh seorang yang menggelarkan dirinya syeikh. Mereka yang berubat dengan syeikh ini amat yakin kerana syeikh ini juga bijak berhujah tentang agama. Yang bermain dikotak fikiran saya ialah mengapa kenalan saya ini hanya akan solat hanya apabila ingin menurun dan solat itu kerana siapa sebenarnya. Begitulah halusnya kesilapan yang berlaku yang boleh menjejaskan aqidah seseorang.

Pewarisan saka juga banyak mempengaruhi kehidupan seseorang itu baik dari segi keputusan, sikap mahupun perjalanan hidup. Bagi mereka yang menganggap saka itu baik bagi mereka tentunya amat sukar bagi mereka untuk membuangnya tetapi jika saka tersebut jelas membebankan, mereka akan berusaha sekuat mungkin untuk membuangnya. Saka juga merupakan salah satu penyakit orang melayu. Untuk mengenali orang yang mempunyai saka tidaklah begitu sukar. Mata mereka tidak menampakkan sinar yang terang. Ada juga diantara mereka berwajah tidak ceria walaupun mereka tidak mempunyai masalah. Mereka juga sering buntu dalam membuat keputusan dan sering juga beremosi. Ini terjadi kerana dimensi manusia dan dimensi maklhluk halus amat berbeza begitu juga dengan frekuensi mereka.

Terdapat beberapa peserta kelas Meditasi Islam yang saya kembangkan berdarah bangsawasn. Menurut mereka, jodoh mereka sering terhalang, walaupun pada awal sangkaan mereka menyangka kerana jodoh mereka belum sampai tetapi setelah mengetahui tanda-tanda serta masalah saka, mereka menyelidiki permasalahan keturunan mereka. Mereka sebenarnya tidak boleh berkahwin dengan orang bukan berdarah bangsawan dan sekiranya kekasih mereka adalah orang maka hubungan tersebut akan putus ditengah jalan dengan pelbagai sebab yang kadangkala tidak munasabah. Selain itu mereka juga bersikap panas baran dan sering membuat keputusan yang salah. Jika dilihat dari raut wajah mereka adalah golongan yang lemah lembut. Sikap panas baran ini sebenarnya adalah pengaruh dari saka yang mereka miliki secara paksaan dan tanpa sedar. Khadam ilmu atau jin dijadikan oleh Allah swt daripada api, maka dengan sebab itu mereka mudah diresapi oleh nafsu amarah dan apabila nafsu ini menular dalam fikiran, setiap keputusan yang dibuat akan berasaskan emosi dan bukan rationaliti. Saka tersebut juga akan menghalang hubungan yang tidak disenangi mereka mengikut pandangan. Saka dari keturunan akan datang kepada mereka yang memiliki sikap atau watak seperti tuannya yang terdahulu. Saka juga boleh diwarisi oleh mereka yang amat disayangi oleh tuannya. Selepas tuannya meninggal dunia maka mereka yang mempunyai kriteria tersebut akan dihinggapi oleh saka. Namun begitu tidak semua diantara kita yang mampu dikuasai oleh saka. Saka tidak mampu mendatangi mereka yang mempunyai jiwa yang kental dan mantap. apabila jiwa kita kental, mantap dan sentiasa merasa keberadaannya Tuhan maka pancaran cahaya jiwa akan menolak keluar segala anasir yang boleh memudaratkan samada fizikal mahupun aqidah. Jika kita duduk dalam ketenangan jiwa maka minda yang selama ini bercelaru akan menjadi positif seterusnya tubuh akan sihat. Rawatan yang paling baik untuk mereka yang dipengaruhi oleh anasir saka ialah berjalan ke arah ketenangan jiwa (bukan ketenangan minda) kerana sewaktu kita berada dalam frekuensi ketenangan segala frekuensi di atasnya akan terbias menjauhi kita. Dalam sistem Meditasi Islam berada dalam minda tauhid itu amat perlu. Saya akui bukan mudah untuk mereka yang telah lama dipengaruhi saka untuk mencapai ketenangan kerana sikap mereka ini selalunya tergesa-gesa serta fikiran mereka aktif. Kadangkala hal-hal yang remeh turut membuatkan mereka berfikir seperti memikirkan hal yang besar dan penting. Apabila banyak berfikir tentunya emosi mereka tidak stabil. Namun perlu diingat tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali maut. Teknik-teknik tertentu dan efektif dalam pengolahan kekuatan jiwa yang dikupas melalui sistem Meditasi Islam insya Allah dapat membantu mengeluarkan anasir yang tidak dikehendaki ini. Alhamdulillah respons yang diterima dari pengamal Meditasi Islam yang dahulunya mempunyai masalah dengan saka amat positif. Namun perlu diingat bahawa penghalang yang sering duduk di tengah-tengah adalah komitmen mereka sendiri. Untuk menyelesaikan apa jua masalah perlu ada komitmen diri. Tanpa komitmen serta disiplin diri, maka seseorang yang dipengaruhi saka akan kekal begitu dan apa yang ditakuti ialah ianya akan diwarisi oleh anak-anak yang bakal duduk dalam zaman yang lebih mencabar. Janganlah kita juga menjadi penyumbang kepada kegagalan kehidupan anak-anak yang inginkan kehidupan yang lebih bermakna. Justeru itu langkah awal yang perlu diambil ialah berhati-hati dalam mempelajari ilmu kerana jika sedikit kesilapan kita hari ini akan membebankan waris keturunan kita. Jika masalah spiritual seperti saka ini dapat dihindari maka perjalanan kerjaya seseorang itu hanya perlu bersaing dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Mudahnya seseorang itu mewarisi saka ialah kerana kurangnya kekuatan jiwa seseorang itu. Seseorang yang mempunyai jiwa yang kental dan mantap akan mudah mengendalikan perjalanan kehidupan serta kerezekiannya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu sendiri mengubahnya. Makanya kita diberi peluang untuk mengubah corak serta taraf hidup kita tetapi kita perlu tahu cara dan kaedah yang betul-betul membawa kepada perubahan positif. Untuk mengubah nasib itu perlu jiwa yang kental dan mantap dan bukan hanya minda yang positif.

Minda yang dikatakan positif belum tentu mempunyai jiwa yang mantap. tetapi jiwa yang mantap sudah tentu 100% mempunyai minda yang positif. Jadi perubahan itu perlu bermula dengan jiwa, tanpa jiwa minda tidak mampu melakukan proses pemikiran. Jiwa yang tenang akan selalu mengingat kepada Penciptanya dan jiwa akan lebih mantap hasil kerana keyakinan yang jitu kepada Allah swt. Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui kaedah meditasi super sedar dan dalam Islam keadaan meditasi super sedar ini dapat dicapai dalam solat yang benar-benar khusyuk. Dalam kekhusyukan itu segala permasalahan akan hilang kerana jiwa kita berada dalam keadaan yang begitu tenang. Apabila jiwa kita tenang dan mantap maka segala tindakan kita lebih baik dan berjaya serta kita yakin bahawa segala usaha perlu kita lakukan tetapi keputusan adalah hak milik Allah swt. Selain itu kita juga harus melihat siapakah di sekeliling kita, bersesuaian dengan hadis nabi saw, barangsiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka wangilah dia. Justeru jika kita dikelilingi oleh mereka yang bermasalah maka kita akan terikut bermasalah. Ini kerana apabila bermasalah, gelombang fikiran berada dalam gelombang beta. Jika anda dikelilingi mereka yang berada pada gelombang beta yang tinggi, maka gelombang tersebut akan mempengaruhi pemikiran serta gelombang otak anda secara tidak langsung.

Ramai juga yang mengetahui bahawa meditasi mampu menghilangkan saka dan ramai juga cuba mempelajari kaedah meditasi tetapi ramai yang gagal. Ada juga yang telah menjumpai kaedah meditasi tetapi masih gagal dalam bermeditasi. Ada juga yang menelefon saya untuk mengajar Meditasi Islam secara jarak jauh. Meditasi Islam menggunakan minda super sedar adalah teknik yang memerlukan pengajar mengajar dari jiwa dan bukan dari teori. Ramai yang bertanya berapa lama masa yang perlu diambil untuk menguasai meditasi dan masa yang di perlukan untuk melakukan meditasi. Sebenarnya untuk menguasai kaedah meditasi super sedar bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang cuba melakukan namun tidak dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Perlu saya tekankan sekali lagi, meditasi sememangnya baik untuk kesejahteraan jiwa namun jika kita tersilap melakukannya ia mampu memberi kesan negatif dalam jangkamasa panjang. Hasil kajian di barat membuktikan kesilapan dalam meditasi akan meningkatkan kadar ketegangan, kemurungan, kekeliruan atau kegelisahan akan berlaku. Ini sering terjadi kerana mereka melakukan meditasi menggunakan minda bawah sedar. Pada zaman yang memerlukan segalanya dengan pantas tetapi sempurna maka teori shaja tidak memadai. Dengan pengalaman yang ada saya telah merumuskan satu formula khusus yang begitu praktikal supaya setiap peserta tidak kira samada mereka yang baru mencuba meditasi atau mereka yang telah lama mahupun mereka yang mempunyai pelbagai penyakit samada spiritual mahupun medik mampu menguasai tahap gelombang theta dalam masa beberapa jam.

Ramai juga yang bertanya mampukah meditasi mengubati penyakit spiritual seperti saka dan sihir. Sebenarnya meditasi super sedar mampu memulihkan masalah spiritual kerana apabila seseorang yang telah dilatih untuk mencapai kekuatan jiwa (bukan kekuatan minda) beliau akan berada dalam kondisi yang begitu sihat secara spiritualnya. Ketenangan jiwa adalah satu empangan tenaga yang tiada batas. Apabila ketenangan jiwa dicapai, pancaran rohani seseorang akan memberikan anjakan paradigma yang besar yang bukan sahaja mampu memulihkan masalah spiritual tetapi mampu mengubah corak kehidupan peribadi kerana setiap tuturkata dan perbuatannya datang dari jiwa yang tenang, kuat dan mantap.

Boleh dikatakan hampir semua orang sibuk setiap hari maka agak sukar untuk mendisiplinkan diri untuk bermeditasi selama beberapa jam sehari. Tetapi bermeditasi itu perlu kerana pada pandangan Imam Ibnu Qayyim berkata “barangsiapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih dari penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur (meditasi) maka dia akan memperolehi pelbagai hikmah” Formula yang saya rumuskan untuk mencapai ketenangan jiwa dalam masa yang pantas melalui kaedah meditasi Islam yang dikembangkan hanya akan membuahkan kejayaan jika sekiranya setiap peserta tersebut mampu membuang penyakit duniawi.

Saya menumpukan kepada tiga jenis penyakit duniawi yang terlalu banyak membuangkan tenaga kita serta membuatkan fikiran kita menjadi korup. Perjalanan minda super sedar ialah masuk ke dalam diri manakala minda bawah sedar pula menuju ke arah yang bertentangan. Justeru, penyakit duniawi yang akan saya kupas akan menarik fikiran serta emosi ke arah yang bertentangan dengan minda super sedar.

1. hasad dengki
Penyakit yang pertama yang wajib dibuang ialah hasad dengki kerana ianya bersifat negatif. Jika kita merasa irihati dengan kejayaan seseorang itu dan cuba memperbaiki diri agar berjaya sepertinya ianya suatu yang positif. Tetapi jika kita irihati dan memikirkan jalan yang mampu merosakkan kejayaan seseorang itu agar kita dapat dilihat berjaya, ianya seratus peratus negatif. Sifat irihati yang negatif ini akan membawa bebanan fikiran. Seseorang itu akan sentiasa memikirkan tentang jalan ataupun kaedah yang membolehkan dia menjatuhkan seseorang. Kadangkala terdapat juga orang yang sering takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Mereka ini tergolong dalam golongan irihati kerana takut kedudukan mereka terancam dan sering berfikiran negatif. Fikiran negatif yang sebegini akan menjana satu bentuk emosi negatif dan seterusnya membuatkan seseorang itu bersikap merosakan dan seringkali ianya dimulai dengan kata-kata fitnah atau pembohongan. Dalam kaedah super sedar kita harus duduk merenung ke dalam diri untuk memperbaiki diri dan bukannya merenungkan kaedah kemusnahan orang lain.

2. Dendam
dendam terbahagi dalam dua kategori iaitu yang kasar dan yang halus. Yang kasar agak mudah dilihat kerana ianya terus menampakkan cirri-ciri pembalasan tetapi yang halus sukar untuk dilihat. Salah seorang peserta saya yang telah menghadiri latihan Meditasi Islam dan berjaya mencapai matlamat meditasi pada hari kursus. Tetapi seminggu selepas itu beliau menghubungi saya kembali kerana menurutnya beliau gagal mencapai ketenangan jiwa dua tiga hari kebelakangan. Apabila kami bertemu dan melakukan meditasi bersama, apa yang dapat dilihat ialah sifat dendamnya kepada bekas rakan kongsinya. Menurut beliau, beliau telah difitnah dan ditipu oleh rakan kongsinya, maka sebab itu beliau berazam membalas kembali setiap perbuatan temannya agar semua orang tahu keburukannya. Ikatan emosi dendam inilah yang merosakkan fikiran serta membawa emosi negatif. Walaupun beliau duduk bermeditasi namun fikirannya tanpa sedar memikirkan jalan untuk membalas perbuatan temannya itu. Hal ini begitu merosakkan kerana selagi kita terikat dengan dendam selagi itu kita terbeban dengan hidden emotion. Sebenarnya telah banyak pembuktian yang saya lihat jika sekiranya seseorang itu benar-benar mencapai kekuatan jiwa, maka pelbagai keinginannya termasuk ingin melihat kebenaran terlaksana akan tercapai. Apa yang perlu ialah jangan mengikat diri kita dengan sifat dendam walau sedikitpun.

3. Sangka buruk
Satu lagi sikap yang perlu dikikis dari kehidupan seharian ialah sangka buruk. Ramai anggota masyarakat yang mempunyai masalah sangka buruk tanpa menyedarinya. Orang yang selalu bersangka buruk terhadap orang lain akan mempunyai satu sikap negatif iaitu gelisah jiwa. Orang yang selalu sangka buruk juga sering memikirkan orang lain juga menyangka buruk terhadap mereka. Hasilnya mereka akan terfikir-fikir bagaimana untuk membuktikan sangkaan mereka benar. Ini satu lagi sikap yang membuatkan kita berfikir untuk orang lain dengan lebih banyak daripada memikirkan diri sendiri. Segala tenaga positif yang ada digunakan untuk memikirkan orang lain dari sudut negatif.

Satu tanda yang mudah kelihatan pada mereka yang mempunyai penyakit duniwi ialah wajah yang selalunya tidak ceria dan muram. Jika anda ingin mencapai ketenangan jiwa maka hilangkanlah penyakit duniawi ini maka kita akan memperolehi pelbagai hikmah. Ramai yang memberi definisi pelbagai hikmah ini sebagai satu kelebihan dalam bidang pengubatan alternatif. Tidak, pelbagai hikmah bermakna itu bermaksud pelbagai kebijaksanaan atau dalam erti kata sebenar memahami sesuatu perkara itu secara hakikat. Contohnya seorang ahli perniagaan akan mendapat pelbagai hikmah untuk berniaga contohnya idea yang bernas, strategi yang canggih dan lain-lain kebaikan kompetitif. Begitu juga jika kita seorang penulis misalnya, kita akan dapat berkarya dengan lebih menarik melalui bentuk penulisan. Takrifan pelbagai hikmah yang sering disalah anggap tidak dapat membantu seseorang itu membina jati diri yang sempurna. Jika anda seorang pendidik maka jadilah pendidik yang hebat, jika anda seorang salesman maka jadilah salesman yang hebat. Kesemuanya mampu dicapai hanya dengan jiwa yang tenang, kental dan mantap.

Dr.A/mm/february/2006

Read More......